-->

Wednesday 15 October 2014

Cara Penyimpanan susu ibu dengan baik



Susu Ibu adalah Susu terbaik di dunia. Ketika anak pertama, saya hanya dapat menyusukan anak saya selama 5 bulan sahaja dan selepas itu susu badan berhenti production nya. Kali ini Allah beri rezeki susu badan melimpah limpah bagi mencukupi nutrisi anak kedua saya. Saya cuma perlu lebih berusaha dan berdoa. Setiap hari saya perlu bahagi kan masa untuk sesi mengepam susu untuk bekalan anak di taska keesokan harinya.

Semoga Medina Zulaikha mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga usia 2 tahun.

Disini saya nak kongsi kan cara penyimpanan dan tempoh masa susu ibu boleh di gunakan:

1. Suhu Bilik (19- 26 degree) - tahan 4 jam

2. Cooler bag (kurang 4 degree) - tahan 12-24jam
  * bergantung kepada ice pack/ ice block

3. Peti sejuk (kurang 4 degree) - tahan hingga 3 hari

4. Peti sejuk bahagian freezer (-18 hingga -20 degree ) - tahan 3 ke 6 bulan

5. Deep Freezer (-20 degree) - tahan 6 bulan - setahun

6. Peti Sejuk satu pintu bahagian freezer - tahan sekitar 2 minggu

kalau ade duit lebih boleh la beli deep freezer bagi ibu yg byk simpanan susu badan nye. bagi saya gunakan peti sejuk 2 pintu sudah memadai kerana saya pam hari ini untuk keperluan esok hari di taska. Baru lah fresh kan? hehehe semoga sedikit ilmu ini dapat di kongsikan bersama sama para ibu dan bakal ibu di luar sana ^_^


Nota Penting **

* susu beku yang sudah dicairkan tak boleh di bekukan semula
* susu yang sudah di cairkan perlu di habiskan dalam masa 24 jam
* susu cair yang di panaskan tidak boleh di simpan lama, paling maksima adalah 2 jam.
* Pastikan label tarikh dan masa di tampal pada bekas susu tersebut bagi memudahkan penyimpanan dan kegunaan akan datang.


Bagi ibu yang ingin menambah production susu badan boleh la mengambil makanan tambahan seperti Alfalfa complex, ESP dan B complex. Ketiga tiga produk ini membantu dari segi milk booster dan memekatkan susu badan. Selain itu, cara pam susu yang betol dan mengikut waktu adalah amat penting. Perlu mengepam 2-3 jam sekali untuk mendapatkan hasil susu yg banyak.

Untuk mendapatkan produk Shaklee Milk Booster boleh la hubungi saya untuk pembelian.
** Percuma konsultansi tentang produk shaklee apabila membeli produk dengan saya


Hubungi saya untuk pembelian Produk Shaklee:
Contact Num : +60149132617
Whats app : +60149132617
We Chat : skeen62
Instagram : iamsakeenaabuhaisan
Email : sakeenaabuhaisan@yahoo.com


**Percuma konsultansi setiap produk dengan pembelian produk Shaklee dari saya.

" saya bukan doktor mahupun ahli nutrisi , tapi saya akan bantu anda dapatkan kesihatan yang terbaik. In Sya Allah"




 

No comments:

Post a Comment