-->

Wednesday, 16 April 2014

Puasa semasa mengandung!! Dugaan Ibu-Ibu Hamil

Harini nak cerita pasal semalam. Semalam adalah hari pertama dalam hidup ibulutfi berpuasa semasa hamil dengan kandungan mencecah 25 minggu. Sangat berdugaan. Sahur, nasi dan ikan masak kicap sahaja tapi itu pon menyelerakan di pagi hari. Selepas sahur, ibu tidur balik sebab awal lagi nak bersiap pergi kerja. Lagi pon dah kenyang mata pon mengantuklah. 

Semasa sahur, ibu ambil air sunquit di bancuh dengan 2 sudu ESP (Energizing Soy Protien) . Sangat sedap !! Selain dari itu, ibu ada ambil supplement ibu mengandung dari Shaklee seperti Omega Guurd, B- Complex, Vitamin C dan Vitalea. Semua supplement ni memang wajib ambil semasa mengandung kerana banyak zat dan vitamin yang tak dapat di serap oleh ibu ketika makan. Mungkin kerana cara pemasakan makanan tersebut membuatkan zat dan nutrien hilang.

Sehingga petang hari , ibu hanya berasa lapar sedikit sahaja. Bohong la kalau cakap x lapar langsungkan. Tapi masih boleh bertahan sehingga petang dan berbuka. ^_^

Akhirnya , ibu dan baby dapat berpuasa satu hari penuh semalam. Kami masih ada  baki 8 hari lagi yang perlu di bayar. Hutang perlu di jelaskan sebelum terlambat. Lepas ni tak mahu dah ganti puasa lambat2. Nanti mengandung lagi dah susah nak ganti. Nasib la tiada alahan teruk sampai sekarang. So cepat2 la ibu ganti puasa sebelum bulan Ramadhan menjelang tiba.

Di sini , ibulutfi nak promosi skit tentang Shaklee Product. Shaklee adalah product 100% dari tumbuhan dan semestinya mempunyai sijil Halal. So sesiapa yang baru nak mencuba produk ini tak perlu takut sebab ia 100% Tumbuhan dan selamat.


Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi : 0149132617

SID :: 886418 (Sakeena Abu Haisan)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Friday, 4 April 2014

Keperluan Kalsium untuk Tubuh Manusia

::: Ostematrix atau Kalsium :::

"" melembutkan najis dan memudahkan pembuangan najis
"" menambah bilangan kalsium yang hilang dalam tubuh badan
"" membentuk tulang yang kuat
"" membentuk tulang bayi/janin dengan sempurna
"" sesuai bagi ibu mengandung yang kurang minum susu
"" sesuai bagi warga emas yang kekurangan kalsium
"" sesuai untuk penghidap sembelit

Kalsium yang diserap oleh bayi/janin dalam kandungan ibu akan menyebabkan si ibu kehilangan kalsium yang cukup untuk tubuh badan sendiri. Dengan kekurangan kalsium, ibu akan mengalami krem anggota badan , sembelit teruk, gusi berdarah dan tulang rapuh.

Dengan pembelian kalsium pada bulan ini sebanyak 6 botol akan mendapat percuma sebotol kalsium.
Dengan harga serendah RM 61 sebotol anda dapat mengembalikan kalsium didalam badan anda yang hilang.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan promosi hari ini

Shaklee Independent Distributor : 886418
Sakeena Abu Haisan



SID : 886418
SAKEENA BINTI ABU HAISAN
NO HP : 0149132617 (whats app/we chat)
Facebook : Sakeena Abu Haisan

Pragnancy with Supplement

Pragnancy pertama adalah 2 tahun yang lalu. Banyak kenangan manis dan pahit di tinggalkan. Ketika mengandung anak pertama, aku tidak didedahkan kepada apa-apa maklumat tentang mengandung dan kelahiran. Hanya Prof. Google yang banyak membantu aku mencari jawapan sahih.

Tapi mengandung kali ke-2 selepas 2 tahun melahirkan yang pertama membuat aku lebih berpengalaman sedikit tentang mengandung dan kelahiran. Sedikit sebanyak mengajar aku erti kesabaran. Walaupun memang tak reti nak bersabar sebenarnye.

Untuk mengandung kali ini, aku mengambil 100% supplement dari Shaklee berbeza dengan yang pertama dahulu kerana aku belum mengenali Shaklee dalam hidup aku. Bermula kelahiran pertama dahulu aku telah mengambil Set Pantang dari Vitamin Shaklee Product. Sehingga la aku mengandung lagi. Alhamdulillah, bukan nak membangga-bangga kan Product ini tetapi dengan bantuan Shaklee , aku dapat kekalkan tahap kesihatan yang baik semasa mengandung.

Kali ini aku mengambil langkah berjaga- jaga kerana kehamilan yang pertama aku menghidap diabetes di akhir trimester. Sekarang aku menjaga pemakanan aku supaya tidak terjebak lagi dengan diabetes , InsyaAllah.

Vitamin yang aku amalkan setiap hari ialah B-complex yang mengandungi acid folic. Ia membantu memberi tenaga dan menguatkan rahim ibu. Banyak lagi kebaikan B-complex malah bukan untuk wanita hamil sahaja. Selain itu aku juga mengamalkan Vitamin C sejak dari dulu lagi. Vitamin C juga membantu memelihara gusi berdarah dan memberi secukupnya vitamin C yang hilang dari makanan yang kita makan seharian. Ostematrix atau pun pil Kalsium banyak membantu aku dari terkena krem ketika hamil. Kalsium juga membantu membentuk tulang bayi dan menguatkan tulang ibu kerana ketika hamil, bayi menyerap segala zat dari ibunya.

Di atas ini hanya lah beberapa produk shaklee. Bukan semua sesuai untuk ibu hamil dan menyusukan bayi. Jika anda ingin mendapat pengetahuan atau membeli produk Shaklee, sila hubungi Shaklee Independant Distributor anda.

Anda juga boleh hubungi saya di 0149132617 .

 

Thursday, 3 April 2014

I'm Back !

4 months ago i had wrote something for new year eve and stop after that. That might be hormone of me!

Hormone of pregnant mummy that have a toddler who like to make me angry like angry bird. But now, my Hormone get stabilize back. After 5 months pregnancy for the second one, I hope the Hormone will be nice until the end. 

My toddler , who became a baby to me and my family but now maybe he now that he will be a big brother after this. Now he like to sleep with Nenek and me with 'berpelukan antara satu sama lain' . 

Sound like best part of our life but, you try to hug each other for a long night and what happen to your hand after wake up? hahahah thats i mean it!!

Adam is the best part of my life. Now he like to smiling like honey that make me melting. No one can replace his smiles. I hope he will be good son to us and our family. And i hope he will be a responsible brother to his 'Adek baby'.

Ohh okey, its time to go and i promise to come back with more and more story about my little baby in tummy. But now, i dunno why the baby don't want to show the 'Jantina'.


Love,
-IbuLutfi-


Tuesday, 25 February 2014

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Saturday, 28 December 2013

Handbook 2014!! Happy New Year 2014!!

💞Handbook 2014💞

HEALTH

🔹Drink plenty of water.☑

🔹Eat Breakfast like a king,
Lunch like a prince &
Dinner like a beggar.☑

🔹Live with the 3 E's--
Energy,
Enthusiasm &
Empathy.☑

🔹Make time to pray.☑

🔹Play more games.☑

🔹Read more books than you did
in 2013.☑

🔹Sit in silence for at least 10
minutes each day.☑

🔹Sleep for 7 hours.☑

🔹Take a 10-30 minutes walk
daily And while you walk,
Smile.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

PERSONALITY
🔹Don't over do. Keep your
limits.☑

🔹Don't take urself so seriously.
No one else does.☑

🔹Don't waste your precious
energy on gossip.☑

🔹Dream more while you are
awake.☑

🔹Envy is a waste of time. You
already have all you need.☑

🔹Forget issues of the past.
Don't remind your partner with
his/her mistakes of the past.
That will ruin your present
Happiness.☑

🔹Life is too short to waste time
hating anyone. Don't hate
others.☑

🔹Make peace with your past so
it won't spoil the present.☑

🔹No one is in charge of your
happiness except you.☑

🔹Smile and laugh more.☑

🔹You don't have to win every
argument, agree to disagree.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

SOCIETY

🔹Call your family often.☑

🔹Each day give something good
to others.☑

🔹Forgive everyone for
everything.☑

🔹Spend time with people over
the age of 70 & under the age
of 6.☑

🔹Try to make at least three
people smile each day.☑

🔹What other people think of you
is none of your business.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

LIFE

🔹Do the right thing!☑

🔹GOD heals everything.☑

🔹However good or bad a
situation is, it will change.☑

🔹No matter how you feel,
Get up,
Dress up and
Show up. The best is yet to
come.☑

🔹When awake in the morning
thank GOD for it.☑

🔹Your Inner most is always
happy. So, be happy. ☑

. . . . dan JANGAN SEKALI KALI TINGGALKAN SOLAT SERTA TA'AT LAH SEGALA PERINTAH ALLAH . . . InsyaALLAH. ➰➰➰➰➰➰➰➰➰

➰LAST BUT NOT THE LEAST➰

Please Forward
This To
Everyone
Whom You Care about
I Just Did😀



CopyPaste from Dr Hamid Arshat

Thursday, 12 December 2013

Amalan Terbaik Untuk Ibu Hamil


1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein. Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3 Kekacang – Tinggi serat dan protein. Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat. Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient. Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur. Yogurt – Sumber kalsium. Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.