Khas untuk yang akan menduduki peperiksaan SPA akan datang =) Cayok Cayok!!!
LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan
antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas
akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil
alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan
Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN
telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA
Matlamat Rukun Negara -
mengukuhkan
perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah
masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi.
Prinsip-prinsip Rukun Negara -
Kepercayaan kepada Tuhan -
Agama
merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah
diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama
lain bebas -diamalkan.
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
Semua
rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong
merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja
adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
Keluhuran Perlembagaan -
Perlembagaan
merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan
unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya.
Kedaulatan Undang-Undang -
Rakyat dituntut
menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi
undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan
undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan
undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh
mana-mana pihak.
Kesopanan Dan Kesusilaan -
Rakyat Malaysia
dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang
melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin
kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
INFO
No comments:
Post a Comment