Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem
Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia
juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna
negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah
telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap
negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi
seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di
tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara
Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat
orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga
menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas
mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara
55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau
membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong
diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam
masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang
kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan
tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal
itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh
mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen
Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia.
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan
selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya
Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan
sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran
Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat
hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu
tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Sumber: Parlimen Malaysia
No comments:
Post a Comment