-->

Wednesday 22 February 2012

Last nite Ultrasound


Last nite aku n hubby g wat ultrasound baby kami kt Mediviron utk tgk samada uri still kt bawah or dah normal... after a few minute with the doctor and doctor dah scan, my placenta still kt bawah tapi baby dalam kedudukan normal...
Ape yang penting smlm doc bgtau if uri still kt bawah smpai 37 week, we have to do c-zer... oh no!
aku paling x suke operate ni... biar la sakit nak bersalin normal dr x rase ape2 waktu bersalin... 
semoga petua yang aku dapat dr internet ni dapat membantu aku dan baby...
i hope so...:(

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


masih ada masa lagi untuk baby berpusing..harap appt dengan doktor hari khamis ni masalah uri aku ni tidak begitu serius..kerana kedudukan masalah uri ni juga ada banyak tahap..ada juga kedudukan uri kebawah tetapi tidak menutupi pintu baby nak keluar dan ada juga kedudukan uri ke bawah sampai menutupi pintu baby nak keluar..





antara gambaran uri ke bawah..ada yang menutupi setengah dan membolehkan lagi baby keluar secara normal dan ada yang menutupi penuh dan tiada ruang untuk baby keluar secara normal.

No comments:

Post a Comment