-->

Thursday 10 May 2012

Antara Hidup dan Mati Insan Bergelar Ibu

Pengalaman membuatkan kita menjadi matang. Tapi pengalaman aku kali tak dapat nak di luahkan melalui cerita tapi aku akan cuba meluahkan ceritanya.


Tanggal 10 April 2012 akan tetap abadi dalam ingatan aku. sehari sebelumnya, aku mengalami tumpah air [air ketuban] pada pagi hari. Mase tu aku ngan tido, then terae mcm ade air kua kat bawah tu dan aku pon trus g check kt toilet dan sah memang ade air kua tp x byk. aku pon ngan pantas kol hubby ngan mak. pagi tu jugak aku bertolak ke hospital putrajaya dan di masukkan ke wad setelah di check oleh doctor. mase tu jalan utk baby kua dah buka 3cm. Bile dah masuk wad aku still boleh berjalan sebab xde rase sakit ape2 pon. Malam tu , lebih kurang jam 9 malam, doctor ngan geng dia dtg kt katil aku utk wat pemeriksaan. setelah di check oleh doctor, bukaan jalan stil 3cm dan doctor tanpa berlengah memecahkan air ketuban utk mempercepatkan proses kelahiran ini. Jam 10 aku pon di tolak ke Labour room dan dengan pantas aku call hubby utk dtg teman aku kt labour room. Aku pon bermastautin lah kt dlm labour room tu start kol 10 malam. hubby pon ade dtg teman. Mase jam menginjak pukul 12 tgh malam, sakit contraction aku dtg dengan perlahan lahan. Namun, panas yang ku sangka hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. kesakitan contraction yang aku alami pada mulanya lembut lembut tp bertukar ganas. Kesakitan yang amat sgt [rase macam nak tercabut pinggang] dtg dan time tu aku rase mcm nak baling je sume barang kt dalam labour room. sewaktu kesakitan dtg dan pergi, doctor juga datang dan pergi utk check bukaan. harapan ku juga punah bila doctor menyatakan bukaan akan buka 1cm selama 1jam utk kandungan pertama. masa tu aku rase dunia ni gelap sgt sbb dah x tahan sakit.bile jam menunjukkan pukul 8 pagi dan doctor pakar datang melawat bersama geng nya, salah seorang doctor tersebut memberi arahan utk meng-operate aku. masa tu aku rasa down sgt sbb dah menunggu lama sgt utk kesakitan bersalin tetibe doc dtg suh g operate ! air mata aku dah x tahan dah dan akhirnya mengalir jua. akhirnya pada jam 9.30pg aku di tolak masuk ke bilik pembedahan dan baby ku di keluarkan melalui potongan di atas perut aku pada jam 10.12 pagi 10 April 2012. ketika aku di bedah aku dibius separuh badan dan aku dpt melihat ape yg berlaku dan mendengar ape yg berlaku. bile doctor kata baby dah keluar tp aku x mendengar bunyi tangisan bayi pon aku terus bertanya pada doctor kenapa baby aku x menangis. selepas beberapa ketika, doctor dtg membawa bayi ku dan meletakkannya pada muka ku dan pada waktu itu air mata ku mengalir kegembiraan kerana bayi yang telah 9 bulan aku bawa ke hulu ke hilir telah keluar dan berada dihadapan ku. tp kan masa aku dibedah aku sempat berbual bual dengan doctor bius ku. aku bertanya kenapa doctor memasang lagu pit bull semasa pembedahan dijalankan? doctor menjawab itu hanya utk menenangkan ku. tapi kenapa lagu pitbull? adakah doctor tersebut kenal aku dan tahu apa lagu yang kusukai? sampai sekarang aku masih tertanya tanya.
ok lah, setelah panjangnya karangan aku melebihi 350 patah perkataan dan mungkin aku akan kehilangan markah kerana itu, aku terpaksa menghentikan karangan ini disini sahaja. itu saja pengalaman aku melahirkan anakku yang pertama dan fobia nya masih belum hilang. Anda diluar sana jgn tanya bila aku mahu mendapatkan anak kedua sbb fobia aku mungkin akan lama.


#karangan ini tak wajib dibaca#

1 comment:

  1. nice! cikgu x tolak markah.cikgu bagi A++
    our sweet memory skeen..sampai hujung nyawa :)

    ReplyDelete