-->

Friday 11 May 2012

After a month

Berape lame dah x post sumtin kt blog ni. well, ini disebabkan pertukaran status dan peredaran masa yang berlaku. Almaklum la sbelum ni aku seorg isteri dan pelajar dan sekarang aku seorang suri rumah x bertangga dan ibu kepada Muhammad Adam Lutfi. So, oleh sebab aku dah jadi ibu kepada MAL, aku terpaksa menangguhkan segala rutin harian yang dulunya sebelum bergelar ibu. Dulu bangunnya terus ke skrin leper berpapankekunci tp sekarang tidak lagi, dulunya tanpa mandi boleh menonton telebision sekarang tidak lagi, dan dulunya boleh menghadap muka buku berejam-jam lamanya sekarang pon boleh smbil menyusukan anak [jgn tiru adegan ini tanpa diawasi org lain]. 

Lately tido aku dan suami tidak senyenyak dulu, dulu kami sering memasuki mimpi masing2 tapi sekarang mimpi hanya tinggal kenangan, MAL lagi penting dari mimpi. sekarang kami sering bersilih ganti berjaga melayan kan anak yang telah ku kandung selama 9 bulan. kadang-kadang aku menyusukan MAL, suami menukarkan lampin. tetapi bila aku rasa kasihan pada suami aku pun menukarkan lampin serta menyusukan MAL. tapi bila angin kus kus ku datang, aku buat-buat x sedar bila MAL menjerit meminta didukung, dan dengan segera suami terjaga dari lena dan terus menerpa kepada MAL [jahatkah aku^_^]. 

Harini, dan post kali ini aku hanya ingin membuat pengumuman bahawa MAL telah genap sebulan berada didunia yang fana ini. Telah juga genap sebulan Allah meminjamkan MAL kepada kami utk dijaga dan dididik sehingga menjadi manusia yang soleh dan berhati mulia. Semoga dikesempatan ini Allah memanjangkan usia kami dan MAL hingga kami tua kelak. Semoga MAL menjadi anak yang soleh dan berhati mulia serta hormat pada org tua a.k.a org yg telah menahan sakit selama beberapa jam sebelum di operate. 

dear MAL,

Walaupun awak dilahirkan didalam keluarga yang sederhana pada harta tetapi kaya pada budi bahasa, ibu berharap awak akan menjadi anak yang soleh dan mengenang jasa org tuamu. semoga bila awak dah besar nanti dapat mendoakan yang terbaik buat kami [org tuamu]. Ibu akan pasti kan nasib awak terbela, awak akan cukup makan, cukup pakaian utk dipakai, dan awak akan diberikan didikan yang sempurna sehingga dewasa. semoga awak akan mengingati hari jadi ibu dan abi, serta hari ibu, serta hari bapa, x lupa juga hari jadi nenek sebab nenek yang jaga awak juga masa awak kecil. Ibu ingin menjadi ibu yang terbaik di dunia ini serta ingin menjadi sahabat awak di masa senang dan susah awak. kalo awak malu, awak boleh tulis surat pada ibu dan letakkan di bawah bantal ibu ye. Ibu akan senantiasa mendoakan yang terbaik buat awak, anak ibu yang ibu kasihi.

yang mengasihi mu,

ibu 

ehhhhh, maaf ye aku terlebih sudah mengarang surat buat anakku yang masih kecil itu. 
dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat diriku sendiri, emakku dan emak mertuaku serta ibu-ibu yang berada didunia yang fana ini. dan Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia ini.

Harini Adam sudah menginjak 1 bulan dan semoga Adam diberikan kesihatan yang baik selamanya. dengan itu aku pon ingin meng-share-kan beberapa keping gambar yang telah di-edit utk tatapan sahabat dan saudara yang jauh diperantauan.

kronologi gambar atas kiri- Adam satu hari , atas kanan- Adam 2 hari, bawah kiri dan kanan - Adam dah berhari hari :)


Adam , Abi ngan Adam, Ibu ngan Adam

Adam, abi dan ibu waktu x pregnant lagi.

No comments:

Post a Comment