-->

Wednesday, 2 July 2014

Puasa dan Orang baru

Assalamualaikum,

Hari ni hari ke 4 kita berpuasa pada tahun 2014. Tidak lama lagi saya akan menimang cahaya mata kedua mungkin penghujung July atau pertengahan July. Tapi apa pun saya sentiasa cakap dengan adik baby supaya keluar selepas semua hal2 ibu selesai. Baru2 ini saya dapat panggilan untuk 2 temuduga bagi 2 jawatan berbeza. Saya dah share di Facebook ( boleh add FB saya kat sebelah ---> )

Dugaan dan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga di bulan yang mulia ini.
Saya hanya dapat solat tarawih pada malam pertama sahaja kerana pertama kali bawa Adam ke surau dan dia telah di buli oleh seorang budak perempuan tua setahun mungkin darinya.
Saya tak sanggup dan buat apa solat dalam keadaan tak khusyuk kan? So saya boleh la solat Tarawih di rumah sahaja.

Selain dari itu, dugaan kedua ialah saya berpuasa dengan badan yang sarat mengandung, tapi xde rasa lain pon.. sama je macam x mengandung. Tapi saya pelik ramai juga asik fikir -ve untuk puasa dalam keadaan berbadan dua. Lantak lah janji saya pose dan mungkin atau tidak akan ganti pose dengan banyaknye tahun ini ^_^

Belum terlewat nak ucap " Selamat Berpuasa dan Menyambut Bulan Ramadhan"

No comments:

Post a Comment