.png)
Wasiat Raja Raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957. Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-
1.
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan
nama MALAYSIA)
2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan
kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan
hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu
rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan
melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN
ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari
luar Negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.
5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,
7.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu
untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH
KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah
dan Sarawak).
APA ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak
sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju
kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju
untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]
Menurut bahasa,
kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh
bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang
undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan
sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh
ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang
ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan
semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak
sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di
Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah
permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu
persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut
disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial
sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai
itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat
negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan
sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian
ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan
politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan
keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari
oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia.
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan
Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara
penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia
adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8] Perlembagaan
Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap
kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]
Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:
“Orang
Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang
bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu
banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak
negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang
Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam
perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat
bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan
kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih
belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu
dengan bukan Melayu.” [10]
Beberapa peruntukan yang digubal dalam
perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi
sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap
elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam
menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia
yang berbilang kaum.[11] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar
menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik
pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh
Mohamed Suffian:[12]
“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat
kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan
keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis
di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga
dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”
Inilah asas
yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati
hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam
masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui
oleh semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan
lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan
sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan
kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku
bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam
Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:
1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Beberapa
abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.
Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat
setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat
Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang
Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai
raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal
tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima
beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.
Apabila
akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu,
institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat
disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15]
Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia
melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada
identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan
menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja
dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]
Hasil
penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi
kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda
dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi
kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama
daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu
parlimen.[19]
Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun
membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi,
memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi
Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan
dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh
dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri
masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja.[21]
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu
hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di
pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang
mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu
dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap
tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan
memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam
apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]
Negara ini
masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan
kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri
dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Perlembagaan
Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan
memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A)
dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]
Di sisi undang-undang
perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat
asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan
(iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai
sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang
itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu
hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau
di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia
adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di
Singapura sebelum Merdeka.
Setelah mengimbas kembali siapa itu
Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2)
Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong,
atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan
biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang
diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.
Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;
Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
(1)
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara
ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini,
tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara
ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah
Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut
apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk
menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana
negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh
Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain
daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa,
bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang
seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang
di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa
trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah
tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Kedudukan
istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan
90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu,
kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian
orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga
dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang
Melayu.[25]
Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini
seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas
semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk
menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya
Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam
bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum
yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]
Kedudukan
istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan
kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam
perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak
untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk
mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang
Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam
Perlembagaan.[28]
3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
Kedudukan
Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting
kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti
penduduk (orang Melayu) di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama
Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]
Menurut
Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan
tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30]
Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi
orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang
tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga
melindungi dan menjaga agama Islam.[31]
Orang Melayu sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara
160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama
Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi
persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu
sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi.
Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara
kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh
yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan
mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh
itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang
Berikutan
dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan
Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau
penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan
yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan
negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk
membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya.
Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).
4. BAHASA MELAYU
Bahasa
sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah
negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum
dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat
pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu
bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa
perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat
diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah
menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:
“Masyarakat
bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar
saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka
awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa
Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada
pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit
menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]
Maka
bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa-
(a)
tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar,
apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini
boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan
Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Hipotesis utama
disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah
menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu
bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak
dahulu lagi.[34]
Maklumat ini tiada dalam buku sejarah sekolah
menengah.....ini adalah ucapan Tun Tan Siew Sin (Mantan Presiden MCA)
dan Tun V.T. Sambanthan (Mantan Presiden MIC):
Presiden MCA,
TunTan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk ‘Tun Tan
Answers Critics on special Previleges’ dalam pada30 april 1969, berkata:
•
‘The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the
citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of
independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years
of colonial rule in the Malay States. In return for this major
concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of
preserving the special position of the Malays while at the same time
upholding the legitimate interest of other communities. ‘
UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T.SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.
‘Now,
in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained
freedom in two years time. During this period, we had to discuss
citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since
we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do?
They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do
with citizenship?
• If we look around in Asia and East Asia,
particularly, you will find that my race the indian race, is not
welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother
Chinnese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia
, in all the other areas.What help do they get for citizenship in all
these territories? In Burma , as we know, Indian have been send packing,
in Ceylonthey refused them citizenship and in Burmait is likewise. I
know it, you know it.
• And yet in Malayawhat happened? Here we found
that the Malay leadership said, ‘We shall take them unto ourselves as
brothers, we shall give them full opportunity to live in this country,
we shall give them every opportunity to become citizens.’ And so, in
1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of
thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens… As
I said, it has been my great good fortune to have born in this country.
Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent
race than Malay race? Where else can you get such politically decent
treatment for any immigrant race? Where else in the history of the
world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I
am 10 percent minority race here. But I am happy here.’